Sunday, December 19, 2010

DISTRIBUTOR OF MALAYSIAN PEPPER

Tropical Borneo Herbs Sdn Bhd is a Marketing Agent for the pepper products from the Malaysian Pepper Board (MPB)
under it's popular brand "Sara Spice".







To order, please contact us;

Tropical Borneo Herbs Sdn Bhd
Shoplot 34-0, Ground Floor, Block D, Riverside Plaza, Kingfisher Ph.2
88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
Tel & Fax: 6 088 432195; Mobile: 0168325071
Email:
tropicalborneoherbs@yahoo.com
Website:
www.borneoherbs.blogspot.com





Monday, May 10, 2010

BORNEO FRESHWATER FISH

Sinsilog






Tropical Borneo Herbs Sdn Bhd is embarking on the conservation and breeding of the above species which are nearly in extinction. However, it faces a lot of constraints in getting sufficient fries to grow, affordable fish feeds, technical knowhow as well as financial resources. This conservation of fish is done together with the efforts to protect the Sabah rivers from being polluted.

If you support this effort, kindly extend your helping hands by sending any amount of donation to the following address:

Tropical Borneo Herbs Sdn Bhd
Lot 34-0, Riverside Plaza, Kingfisher Ph.2,
Kuala Inanam, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel & Fax: 6 088 387311; Email: tropicalborneoherbs@yahoo.com

Sunday, May 9, 2010

KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN DI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI NEGERI SABAH, MALAYSIA
Oleh
Allan G Dumbong *

PENDAHULUAN
Hutan hujan tropika Sabah adalah merupakan salah satu ekosistem yang kompleks dan istimewa di dunia yang mana ianya telah mengalami evolusi sejak berjuta tahun yang lalu. Ia merupakan pusaka turun-temurun semulajadi yang unik serta kaya dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sabah dikurniakan dengan lebih 9,000 species tumbuh-tumbuhan berbiji, 1,152 genus dalam 157 famili yang mana lebih separuh daripadanya merupakan tumbuhan endemic bagi negeri ini (Kiew, 1984)

Tamadun manusia bermula dengan kebolehan manusia mengeksplotasikan sumber-sumber yang berada disekitarnya ini termasuklah tumbuh-tumbuhan. Sejak dahulukala manusia hidup saling bergantung kepada sumber tumbuh-tumbuhan yang ada di sekililingnya. Ini tidak terkecuali dengan masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah. Untuk sekian lama, masyarakat Kadazandusun telah membangunkan pengetahuan tradisi (traditional knowledge) mereka, khususnya dalam menggunakan secara optima dan lestari sumber floradan fauna yang terdapat disekeliling.

KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN TEMPATAN
Kaum etnik asal negeri Sabah, khususnya masyarakat Kadazandusun, memang terkenal dengan amalan menggunakan tumbuh-tumbuhan di dalam kehidupan mereka seharian dari dahulu kala lagi. Terdapat lebih-kurang 35 suku kaum asal negeri ini yang masing-masing mempunyai keistimewaan dan pengkhususan mereka sendiri dari segi penggunaan dan pengurusan sumber-sumber hutan yang berada di sekeliling mereka.

Antaranya ialah seperti kegunaan-kegunaan berikut;

Untuk Digunakan Membuat Rumah /Pembinaan Bangunan/Penghasilan Kraftangan
1. Pokok “Nunuk Ragang”
Penempatan asal masyarakat Kadazandusun adalah dipercayai bermula di sekitar sejenis pokok yang dipanggil “Nunuk Ragang” atau nama saintifiknya Ficus (Moraceae). Merupakan sejenis pokok Ara yang berwarna merah. Terdapat lebih-kurang 800 spesies pokok Ara di seluruh dunia (Mabberley, 1993) dan di Sabah terdapat lebih-kurang 125 spesies pokok.

2. Rumbio dan Nipah
“Rumbio” atau nipah adalah sejenis pokok yang digolongkan kepada pokok-pokok palma atau nama saintifiknya Meteroxylon sago dan Nypha frutiscense tiap satu. Daun pokok-pokok ini sangat berguna bagi membuat atap rumah.

3. Nibung
“Nibung” juga sejenis pokok palma. Ianya boleh digunakan sebagai bahan binaan rumah di kampung-kampung, dan biasanya ia boleh tahan untuk beberapa tahun.

4. Poring
“Poring” adalah sejenis buluh (bamboo). Di Sabah terdapat 35 spesies buluh (Dransfield, 1995) dan hanya 3 spesies saja yang sering digunakan oleh masyarakat tempatan iaitu “Poring” (Gigantochloa levis) untuk membuat lantai dan dinding rumah, “Wuluh” (Schizostachyum brachycladum) untuk membuat bakul dan “Pelupu” (Schizostachyum pus) untuk membuat topi dan “Tombotuon” (Schizostachyum lima) (Kulip, 1992).

5. Tagas
“Tagas” adalah sejenis kayu keras yang biasanya digunakan untuk membuat tiang dan tangga rumah. Lain-lain jenis kayu yang banyak dan selalu digunakan untuk dijadikan papan dan pintu rumah adalah daripada jenis-jenis seperti “Memiri-piri” [Shorea spp. (Dipterocarpaceae)].

6. Tuai atau Wakau
“Tuai” atau “wakau” merupakan jenis rotan. Di Sabah terdapat 35 spesies rotan, kebanyakan daripadanya berguna untuk perabut dan bahan pengikat rumah kampung, pagar rumah ataupun pagar tanah sawah.

Digunakan Sebagai Sumber Makanan
Keturunan anak negeri Sabah juga terkenal dengan makanan-makanan tradisi mereka. Makanan dari segi sayur-sayuran termasuklah ulam-ulaman, buah-buahan, bahan pengawet. Antara lain spesies-spesies tumbuh-tumbuhan yang sangat popular di kalangan masyarakat Kadazandusun pada masa kini adalah:-

1. Makanan ruji (Utama)
Tumbuh-tumbuhan juga merupakan sumber-sumber makanan masyarakat anak negeri Sabah yang utama. Makanan ruji ini merupakan sumber bahan karbohidrat untuk mereka. Ini tremasuklah;
a. “Parai” (Padi). Oryza sativa: Poaceae – Terdapat lebih daripada 10 varieti.
b. “Mundok” (Ubi kayu). Manihot esculanta: Euphorbiaceae
c. “Luong”(Jaggung)
d. “Bogoi” / “Kasou” (Ubi manis)
e. “Guol” (Ubi keledek)
f. “Sagu” (Meteroxylon sago:Palmae)

2. Sayur-sayuran / Ulam/Rempah
Antara sayur-sayuran atau ulam-ulam yang paling popular termasuklah;

a. “Tuhau” (Etlingera coccinea: Zingiberaceae):
Umbut “Tuhau” ini boleh dimakan mentah sebagai ulam ataupun dimasak rebus dengan mencampurkan ikan. Khasiat “Tuhau” sangat tinggi dimana adalah dipercayai dapat mencuci darah yang kotor, mengurangkan tekanan darah tinggi dan selain daripada itu kandungan seratnya yang sangat tinggi menjadikan tumbuhan ini baik untuk kesihatan.

b. “Poring” (Gigantochloa levis), “Wulu” (Schizostachyum brachycladum), “Wadan” (Dinochloa spp.), “Tongkungon” (Bambusa spinosa). Rebungnya boleh dimakan setelah direbus.
c. Dukaruk
d. Halia (Zingiber officinale).
e. “Sogumau” (Citratus)
f. “Tomboruah” (Plectocomiopsis geminiflora)
g. “Tiwak” (Umbut). Terdapat beberapa umbut tumbuh-tumbuhan yang selalu dijadikan sayur, antaranya adalah seperti “Polod” (Arenga unditifolia), “Piasau” (Cocos nucifera) dan kelapa sawit.

Pucuk daun yang biasa dinamakan oleh masyarakat anak negeri Sabah ialah “Mundok” (Manihot esculenta), “Pakis” (Paku-pakis). Terdapat beberapa pucuk paku-pakis yang popular dijadikan sayur, seperti “Lemiding” (Stenochalena palustris).

2. Buah-buahan
Buah-buahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan di Sabah termasuklah;
a. “Bambangan” (Mangifera pajang)
b. “Tarap / Timadang” (Artocarpus odoratissimus)
c. “Tupoloh”/ “Hampun” (Durian)
d. “Pulutan” (Cempedak)
e. “Liposu” (Tampoi)
f. “Langsat” (Hansat)
g. “Punti ngabai” (Nanas)
h. “Tapayas” (Carica papaya)
i. “Rangalau” (Nephelium lappaceum)

3. Kekacang
Buah-buah kekacang yang boleh dimakan ermasuklah;
a. “Kogopon” (Quercus). Buah ini boleh dikutip di hutan dara.
b. “Tikolod” (Lithocarpus)
c. “Petai”. Petai ini boleh diperolehi di hutan dara mahpun di hutan sekunder. Bagaimanapun, ada satu buah kekacang yang mungkin tidak sesuai dimakan oleh manusia (tetapi diminati oleh “gawir” (kelawar) ialah “patau”.

4. Jeruk / Tapai
Beberapa bahagian daripada beberapa jenis tumbuhan adalah amat sesuai untuk dijadikan sebagai “jeruk” atau bahan untuk “menapai” makanan/minuman. Contohnya;

a. “Bambangan” (Mangifera pajang:Anacardiaceae). Bambangan merupakan sejenis buah hutan daripada keluarga mangga. Buah yang masak berwarna kuning keemasan ini sangat manis. Ianya boleh dimakan begitu sahaja atau pun yang paling popular adalah dengan membuat “nonsom bambangan”. Buah ini mengandungi vitamin C yang sangat tinggi dan baik untuk kulit.

b. Rebung buluh jenis “wuhuh/wuluh” (Schizoztachyum brachycladum) juga boleh dijeruk bersama ikan sungai dan nasi.

c. “Pangi”(Pangium edule). Bijinya digunakan bagi proses penjerukan.

d. “Sasad”: Adalah sejenis ragi iaitu produk hasil daripada campuran beberapa bahan yang mana bahan asasnya adalah kulat. “Sasad” sangat penting dan bererti bagi masyarakat Kadazandusun kerana ini adalah bahan pertama dipakai bagi membuat “tapai”.

Digunakan Sebagai Sumber Ubat-Ubatan
Terdapat lebih-kurang 1,300 spesies tumbuh-tumbuhan di negeri Sabah yang digolongkan sebagai tumbuhan berubat (Kulip, 2004). Antara yang sering digunakan adalah “Tawawoh” (Blumeana balsamifera) untuk memandikan ibu yang baru lepas bersalin untuk mengeluarkan “angina” dalam badan. Daun “Koliabas” (jambu batu) pula boleh direbus dan airnya boleh diminum untuk mengubat sakit perut.

Digunakan Sebagai Peralatan Budaya Dan Ritual
Tumbuh-tumbuhan juga seringkali digunakan sebagai peralatan budaa dan ritual. Contohnya, dalam kegiatan-kegitan berikut;
1. Untuk buat tanda persempadanan tanah, tanda petunjuk jalan di hutan
2. Kulat bercahaya dalam hutan pedoman jalan malam
3. Kayu “Limpanas” disimpan disiling rumah bagi menghalau hantu dan binatang buas
4. “Daing” (Piper betel)
5. “Lugus” (Pinang) (Areca catechu)
6. “Komburongo” yang digunakan oleh shaman “bobolian” juga berdasakan tumbuhan.

Digunakan Untuk Membuat Alat-Alat Muzikal
Bahan-bahan asas yang digunakan adalah buluh. Terdapat beberapa jenis alat-alat muzikal yang diperbuat daripada buluh (Kulip, J. 1992). Antara yang popular adalah Sompoton yang diperbuat dari “Sumbiling” dan “labu” dan Togunggak serta juga “bungkau” yang seringkali dipertunjukkan semasa sambutan Pesta Kaamatan.
.
KESIMPULAN
Masyarakat anak negeri di Sabah (atau di kepulauan Borneo) ini memang kaya dengan pengetahuan tradisi tentang sumber alam semulajadi flora dan fauna mereka. Mereka memang mempunyai pengetahuan yang luas tentang tumbuh-tumbuhan perubatan, kegunaan sumber-sumber alam dalam pembuatan hasil kraftangan, dan mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan bahan makanan dan minuman. Selain daripada itu, tumbuh-tumbuhan semulajadi ini juga boleh disediakan sebagai rempah ratus.

Pengetahuan dan kewujudan sumber-sumber alam semulajadi ini adalah amat penting untuk dipulihara dan sewajarnya generasi-generasi muda haruslah diajar untuk mengenal pasti apakah signifikannya sumber-sumber tersebut. Kelestarian sumber-sumber alam ini haruslah dilindungi dan dipupuk secara berterusan. Para pemaju projek pembangunan haruslah mengambil iktibar supaya memikirkan peri-pentingnya tumbuh-tumbuhan ini apabila membuka ladang-ladang pertanian seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya. Rahsia dan kekayaan hutan kita haruslah difahami dan dihormati.

RUJUKAN
Dransfiled, S. (1995). Bamboos in Sabah. Sabah Forestry Department.

Kulip, J. (2004). Medicinal plants in Sabah: How much do we know? A Paper presented at the Seminar on Medicinal plants and herbs, potential for commercialization in Sabah. University Malaysia Sabah.

Kulip, J. and Matunjau, C.A. (1994). The utilization of bamboo in Tambunan, Sabah, East Malaysia (In) Wan Mohd, W.R. and Mohamad, A. (eds.), Proceeding of the seminar National Bamboo Seminar 1: Towards the management, conservation, marketing and utilization of bamboos, 2-4 November 1992. Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong, 52109 Kuala Lumpur.

Mabberley D.J. 1993. The Plant-Book. A Portable Dictionary of the Higher Plants. Cambridge University Press.

Martin, J., Lee Agama, A., Beaman, J.H. and Nais, J. ( 2002). “Projek Etnobotani Kinabalu. The making of the Dusun Ethnoflora (Sabah, Malaysia)”. People and Plants Working Paper 9. UNESCO Paris.


* Allan G Dumbong merupakan Pengarah Eksekutif, Tropical Borneo Herbs Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengusahakan penanaman semula tumbuh-tumbuhan perubatan tempatan serta membuat kajian ke arah pembangunan industri bioteknologi herba-herba tersebut. Beliau boleh dihubungi di alamat: Tropical Borneo Herbs Sdn Bhd, Lot 34-0, Riverside Plaza, Kingfisher Ph.2, Kuala Inanam, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Tel/Fax: 088 387311; Email:
tropicalborneoherbs@yahoo.com; Website: www.borneoherbs.blogspot.com.

SAMBAL PICKLE TUHAU KADAZANDUSUN

"Tuhau" merupakan makanan tradisi suku kaum Kadazandusun di Sabah. Tuhau ini mudah di perolehi di hutan-hutan Sabah. Pokok tuhau mempunyai daun yang berwarna hijau dan sederhana lebar. Cara-cara untuk menyediakan resepi "pickles" tuhau adalah, seperti berikut;

Ramuan-Ramuannya:
1. Umbut tuhau yang segar
2. Udang kering yang segar
3. Limau "kapas" (nipis)
4. Garam dan "MSG" secukup rasa
5. Cili padi
6. Bunga kantan yang segar(digunakan sebagai hiasan)

Caranya penyediaan:
Tuhau dihiris halus atau dan ditumbuk separuh halus. Udang kering ditumbuk bersama dengan tuhau. Selepas itu, masukkan garam, MSG dan cili api ke mangkuk yang berisi dengan tuhau yang telah ditumbuk tadi. Setelah semuanya sebati,simpan dalam mangkuk yang besar. Perahkan limau nipis. Akhir sekali hirislah bunga kantan halus-halus dan gaulkan sekali dalam mangkuk itu. Peramkan sehingga lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan. Paling sesuai ialah bila dihidangkanlah sewaktu masa makan tengah hari dengan ikan panggang atau pun sup ikan segar yang direbus.

Selain dijadikan sebagai "pickles", umbut tuhau boleh juga di campur kepada sup ikan untuk menambah kelazatan sup ikan tadi dan juga untuk menghilangkan bau ikan.

Monday, April 12, 2010

Sinsilog, Hinava om Lihing of North Borneo






Hinava is a traditional Kadazandusun food. Sinsilog is one of the indigenous aquatic species in Sabah. Lihing is a rice wine. When you're in Sabah, Borneo, please look for these foods.
If you're interested to know more about the above, please email us: tropicalborneoherbs@yahoo.com

Kayu Manis "Koningau" For Sale









Benefits of Cinnamon have been known for over 5,000 years and were recognised by the Egyptians, Ancient Romans, and in Ayurvedic Medicine in Ceylon. Cinnamon is the brown bark of the Cinnamon tree, and is available in a dried, tubular form known as a quills, or as a Ground powder.
Benefits of Cinnamon include
• lower LDL cholesterol ( the bad cholesterol ), total cholesterol, and triglycerides.
• have a regulatory effect on blood sugar levels, making it particularly helpful for people that suffer from type 2 diabetes.
• have an anti-clotting effect on the blood.
• inhibit bacterial growth and food spoilage when added to food, making it a natural food preservative.
• boost cognitive function and memory when smelt.
• a source of manganese, fibre, iron, and calcium.
• the combination of calcium and fibre in cinnamon can help to remove bile, which prevents damage to colon, which helps prevent colon cancer.
• stop the growth of bacteria and fungi (such as the common yeast, Candida)
We are supplying cinnamon seedlings as well as the dried barks. If you're interested, please email us: tropicalborneoherbs@We are supplying cinnamon seedlings as well as the dried barks. If you're interested, please email us: tropicalborneoherbs@yahoo.com




Gaharu For Sale in Sabah




We supply gaharu seedling in Sabah with reasonable price. If you're interested, please email us at : tropicalborneoherbs@yahoo.com